Kenali UCAM

Kolej risda merupakan anak syarikat milikan penuh risda

IDENTITI KAMI

Pengenalan Syarikat

Kolej RISDA Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat milikan penuh RISDA yang ditubuhkan pada tahun 1993 di bawah Akta Syarikat 1965. Ia adalah agensi milik penuh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)  yang memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan tinggi di kawasan luar bandar.

Ucam alumni
Warna

Gabungan tiga warna yang digunakan pula mencerminkan proses transformasi yang dinamik — bermula sebagai Institut Latihan RISDA, kemudian berkembang menjadi Kolej RISDA, dan akhirnya mencapai status sebagai Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).

Teks

Logo ini membawa makna perubahan yang berterusan dan semangat untuk terus maju dalam dunia pendidikan tinggi berasaskan agrosains.

Keseluruhan

Logo rasmi Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) diinspirasikan daripada tiga helai dedaun yang melambangkan kematangan dan pertumbuhan progresif.

Visi UCAM

Menjadi institusi akademik yang unggul dalam melahirkan modal insan berilmu, berkualiti dan kompeten.

Misi UCAM
  • Menawarkan program pengajian yang relevan dan memenuhi kehendak pasaran semasa.
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang pertanian serta bidang berkaitan.
  • Memberi sumbangan kepada masyarakat melalui penglibatan dalam aktiviti profesional dan khidmat komuniti yang berimpak.
Moto UCAM

Membentuk Tunas Cemerlang

Moto ini menggambarkan komitmen UCAM dalam membina asas kukuh kepada generasi muda agar mereka berkembang menjadi insan cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kerjaya.

JANJI UCAM

Komitmen Kami

UCAM berpegang teguh kepada matlamat untuk menjadi peneraju dalam pendidikan agrosains, memperkasakan belia luar bandar, dan melahirkan graduan berkualiti yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

FOKUS PERKHIDMATAN

Teras Perniagaan UCAM

UCAM bukan sahaja berperanan sebagai institusi pengajian tinggi, tetapi turut menyediakan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif strategik yang menyumbang kepada pembangunan pendidikan, komuniti dan ekonomi negara.

Pendidikan Formal

UCAM menawarkan laluan pendidikan formal yang merangkumi program Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Setiap program dirangka bagi memenuhi keperluan industri dan pasaran semasa, di samping memperkukuh asas akademik dan sahsiah pelajar. Tumpuan diberikan kepada bidang-bidang seperti agrosains, keusahawanan, teknologi serta pendidikan yang menyumbang kepada pembangunan luar bandar dan negara.

Latihan Kemahiran & Pendidikan Teknikal

Sebagai menyokong aspirasi pendidikan holistik, UCAM turut menawarkan pelbagai program kemahiran seperti Kursus-kursus Pendek, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), dan program TVET (Technical and Vocational Education and Training). Program ini menyasarkan peningkatan kemahiran praktikal, keusahawanan, dan kebolehpasaran dalam kalangan belia luar bandar serta golongan pekerja industri.

Halal & Latihan Pengendalian Makanan

Melalui penubuhan UCAM Halal Centre dan Sekolah Latihan Pengendali Makanan, UCAM menyediakan platform komprehensif dalam pendidikan dan kesedaran halal. Pusat ini memberi tumpuan kepada latihan berkaitan pensijilan halal, pengurusan makanan serta aspek perundangan halal yang diperlukan dalam sektor makanan, hospitaliti dan perkhidmatan.

Penyelidikan & Pembangunan (R&D)

UCAM komited dalam memperkasakan bidang penyelidikan dan pembangunan sebagai pemacu inovasi. Fokus utama penyelidikan adalah dalam bidang agrosains, pemakanan, pembangunan luar bandar serta pendekatan lestari terhadap cabaran industri dan komuniti. Hasil R&D turut diguna pakai dalam penambahbaikan program akademik dan pemindahan ilmu kepada masyarakat.

Kemudahan & Infrastruktur

Untuk menyokong operasi akademik dan bukan akademik, UCAM menyediakan pelbagai kemudahan lengkap seperti bilik seminar, bilik mesyuarat, dewan kuliah, asrama pelajar, serta perkhidmatan kenderaan. Semua fasiliti ini dirancang bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan keberkesanan proses pembelajaran dan pentadbiran.

Tanggungjawab Sosial & Khidmat Komuniti

Sebagai institusi yang prihatin, UCAM aktif menganjurkan program-program amal, aktiviti khidmat masyarakat, dan pembangunan komuniti. Inisiatif ini bukan sahaja membina hubungan erat dengan masyarakat setempat, malah turut menjadi wadah kepada pelajar dalam memupuk nilai kesukarelawanan, empati dan tanggungjawab sosial.

Unit Wakaf, Zakat & Infaq (WAZIN)

UCAM turut menubuhkan Unit Wakaf, Zakat & Infaq (WAZIN) sebagai satu usaha memperkukuh aspek spiritual dan kebajikan. WAZIN bertanggungjawab mengurus kutipan dan agihan dana wakaf, zakat serta infaq untuk membantu pelajar kurang berkemampuan serta menyokong pembangunan prasarana kebajikan dan pendidikan di kampus.

melahirkan modal insan berkualiti

Kami adalah UCAM

Universiti ini komited melahirkan modal insan berkualiti yang mampu menyumbang secara signifikan kepada masyarakat, khususnya dalam sektor pertanian dan luar bandar, melalui pendekatan akademik yang holistik dan berorientasikan industri.

Gambaran UCAM

Sebuah institusi akademik yang unggul dengan matlamat untuk melahirkan modal insan yang berilmu, berkualiti dan kompeten, selaras dengan aspirasi negara ke arah pembangunan mampan sektor pertanian.

Kenali UCAM

Kolej RISDA Sdn. Bhd. adalah merupakan anak syarikat milikan RISDA yang ditubuhkan pada tahun 1993 di bawah Akta Syarikat 1965. Serta merupakan agensi milik Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Peneraju UCAM

Sebagai menyahut inisiatif ini, UCAM telah menubuhkan Jawatankuasa Lestari UCAM, yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan amalan hijau di kampus.

UCAM Lestari

Sebagai menyahut inisiatif ini, UCAM telah menubuhkan Jawatankuasa Lestari UCAM, yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan amalan hijau di kampus.