Fakulti Pengurusan Perniagaan
Pengenalan
Program Asasi Pengurusan Perniagaan merupakan program pra-universiti yang menyediakan pelajar dengan asas kukuh dalam bidang pengurusan, pemasaran, kewangan, ekonomi dan komunikasi perniagaan. Ia bertujuan membina kefahaman menyeluruh tentang konsep dan amalan perniagaan moden serta menyediakan laluan terus ke program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan.
1 Tahun (3 Semester)
RM9,300
Kelayakan Masuk
Struktur Program
Prospek Kerjaya
Kelayakan Masuk
Pelajar Tempatan
Nota Penting Kelayakan Masuk
Pelajar perlu memenuhi keperluan minima Standard Program / kelayakan masuk yang disyorkan oleh MQA dan berkuat kuasa bagi pengambilan pelajar dalam tempoh tersebut; ATAU memiliki kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Sebarang perubahan pada Standard Program hanya akan terpakai kepada kohort pelajar baharu sahaja.
Pelaksanaan syarat kelayakan masuk ini adalah berdasarkan ketetapan yang dinyatakan dalam pekeliling Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) semasa penguatkuasaan mana-mana Standard Program.
Struktur Program
Muat Naik PDF Struktur Program
Prospek Kerjaya
Prospek Kerjaya
Program Asasi Pengurusan Perniagaan tidak menjurus terus kepada pasaran kerja, namun ia merupakan laluan asas yang penting bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seperti:
- Pengurusan Perniagaan
- Perakaunan
- Pemasaran
- Kewangan
- Ekonomi
- Keusahawanan
Setelah tamat pengajian di peringkat ijazah, graduan berpeluang membina kerjaya dalam pelbagai sektor awam dan swasta atau menceburi dunia keusahawanan.

Daftar Sekarang
Jom Sambung Belajar UCAM
Laluan masa depan anda bermula di sini