Fakulti Agrosains
Pengenalan
Program Sarjana Muda Pengurusan Landskap (Kepujian) dirangka untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkebolehan dalam merancang, mengurus serta memelihara persekitaran landskap secara lestari. Pelajar akan didedahkan kepada aspek reka bentuk landskap, teknologi hijau, pengurusan projek dan penyeliaan tapak, selari dengan keperluan industri landskap awam dan swasta masa kini.
JPT/BPP(R/581/6/0064)03/27, MQA/FA5032
4 Tahun (8 Semester)
RM52,400
Kelayakan Masuk
Struktur Program
Prospek Kerjaya
Kelayakan Masuk
Pelajar Tempatan
- Lulus Diploma berkaitan dengan minimum CGPA 2.0 dari institusi diiktiraf; ATAU
- Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam dua (2) mata pelajaran; ATAU
- Lulus Matrikulasi/Foundation/Asasi (IPTA/IPTS – yang dibenarkan menawarkan Foundation) dengan mendapat minimum CGPA 2.0; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
Pelajar Antarabangsa
- TOEFL dengan skor minimum 550 ATAU
- IELTS dengan skor minimum 5.0 ATAU
- Kelayakan lain yang setaraf dengannya
Jika tidak memenuhi kriteria di atas, pelajar perlu lulus kursus Kemahiran Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Tinggi (PPT).
Struktur Program
Muat Naik PDF Struktur Program
Prospek Kerjaya
Peluang Kerjaya Graduan
Graduan daripada program Bachelor Landscape Management (Hons) akan memiliki ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam bidang pengurusan landskap yang membolehkan mereka menceburi pelbagai sektor industri berkaitan. Program ini direka untuk melahirkan tenaga profesional yang mampu memenuhi permintaan industri landskap dan persekitaran hijau negara.
Antara skop kerjaya yang berpotensi bagi graduan program ini termasuk:
- Pegawai Landskap
- Kontraktor Landskap
- Pengurus Nurseri
- Pegawai Hortikultur
- Pegawai Pertanian
- Arkitek Landskap
- Perunding
- Usahawan
- Pensyarah
- Eksekutif Syarikat Swasta

Daftar Sekarang
Jom Sambung Belajar UCAM
Laluan masa depan anda bermula di sini