Fakulti Agrosains
Pengenalan
Program Diploma Sains Pertanian ditawarkan bagi melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pertanian moden. Pelajar akan didedahkan kepada asas sains pertanian, pengurusan ladang, ternakan, tanaman, serta teknologi pertanian yang relevan dengan keperluan industri semasa.
JPT/BPP(R/581/4/0041)01/24, MQA/A8773
3 Tahun (6 Semester)
RM19,800
Kelayakan Masuk
Struktur Program
Prospek Kerjaya
Kelayakan Masuk
Pelajar Tempatan
- * Lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian 3 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan salah satu mata pelajaran Sains serta Lulus Matematik dan Bahasa Inggeris ATAU
- * Lulus UEC dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- * Lulus O-Level dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- * Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran DAN melalui program pengukuhan (jika perlu); ATAU
- * Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran DAN melalui program pengukuhan (jika perlu); ATAU
- * Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan minimum PNGK 2.00 atau
- * Lulus STPM atau setara dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran; ATAU
- * Lulus STAM dengan pangkat Maqbul; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Syarat Tambahan (bagi sub-bidang Seni Bina dan Rekabentuk Dalaman):
- Lulus mata pelajaran Pendidikan Seni atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat SPM atau yang setara; ATAU
- Lulus ujian Portfolio bagi mereka yang tidak mengambil atau gagal dalam mata pelajaran tersebut.
Pelajar Antarabangsa
- Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia
Struktur Program
Muat Naik PDF Struktur Program
Prospek Kerjaya
Prospek Kerjaya
Graduan program Diploma Sains Pertanian berpeluang menceburi pelbagai bidang kerjaya dalam sektor pertanian, penyelidikan, dan pengurusan ladang. Kemahiran yang diperoleh sepanjang pengajian membolehkan graduan menyumbang secara langsung kepada industri agromakanan negara serta meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Antara skop kerjaya yang berpotensi termasuk:
- Penolong Pengurus Ladang
- Penolong Pegawai Pertanian
- Penolong Pengurus Estet
- Penolong Pegawai Penyelidikan
- Penolong Pegawai Pemasaran
- Penyelia Projek Pertanian
- Usahawan Ladang
- Melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan

Daftar Sekarang
Jom Sambung Belajar UCAM
Laluan masa depan anda bermula di sini