Fakulti Agrosains
Pengenalan
Program Diploma Pengurusan Landskap menawarkan latihan komprehensif dalam aspek reka bentuk, pembinaan, penyelenggaraan dan pengurusan landskap. Pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan teknikal, kreativiti, serta kemahiran praktikal yang diperlukan dalam industri landskap moden. Program ini sesuai bagi mereka yang berminat dalam pembangunan persekitaran hijau dan lestari.
JPT/BPP(R/345/4/0380)07/23, MQA/FA2795
3 Tahun (6 Semester)
Kelayakan Masuk
Struktur Program
Prospek Kerjaya
Kelayakan Masuk
Pelajar Tempatan
- Lulus SPM/SPMV atau setaraf – 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan dua (2) matapelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris dan Matematik; ATAU
- Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
- Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
- Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU
- Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU
- Lulus STAM pangkat Maqbul; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Pelajar Antarabangsa
- Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia
Struktur Program
Muat Naik PDF Struktur Program
Prospek Kerjaya
Prospek Kerjaya
Graduan program Diploma Sains Pertanian berpeluang menceburi pelbagai bidang kerjaya dalam sektor pertanian, penyelidikan, dan pengurusan ladang. Kemahiran yang diperoleh sepanjang pengajian membolehkan graduan menyumbang secara langsung kepada industri agromakanan negara serta meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Antara skop kerjaya yang berpotensi termasuk:
- Penolong Pengurus Ladang
- Penolong Pegawai Pertanian
- Penolong Pengurus Estet
- Penolong Pegawai Penyelidikan
- Penolong Pegawai Pemasaran
- Penyelia Projek Pertanian
- Usahawan Ladang
- Melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan

Daftar Sekarang
Jom Sambung Belajar UCAM
Laluan masa depan anda bermula di sini