October 28, 2025

Bengkel Personality Grooming Anjuran Fakulti Pengurusan Perniagaan UCAM

Bengkel personality grooming ucam

Fakulti Pengurusan Perniagaan UCAM telah menganjurkan Bengkel Personality Grooming yang berlangsung penuh bersemangat pagi tadi.

Bengkel ini memberi pendedahan kepada peserta dalam aspek:

  • Memahami dan mengubah corak pemikiran
  • Memahami gaya tingkah laku diri dan orang lain
  • Meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan dan pengaruh
  • Penampilan diri yang profesional dan meyakinkan

Suasana bengkel begitu interaktif — peserta aktif bertanya, mencuba teknik, dan membawa pulang keyakinan diri yang baharu.

Tahniah kepada semua peserta! Teruskan menyerlah dengan imej profesional yang positif dan berwibawa.

Artikel Berkenaan