October 7, 2025

Sertai Siri Webinar: Pendekatan GIS dalam Analisis Perubahan Guna Tanah anjuran UCAM

Siri webinar gis ucam 2025

Siri Webinar: Pendekatan GIS dalam Analisis Perubahan Guna Tanah

Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) menjemput semua pelajar, profesional dan individu yang berminat untuk menyertai Siri Webinar Pendekatan GIS dalam Analisis Perubahan Guna Tanah, yang akan diadakan seperti berikut:

  1. Tarikh: 30 Oktober 2025 (Khamis)
  2. Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi
  3. Tempat: Secara dalam talian (Zoom Meeting)
  4. Yuran penyertaan: RM30 sahaja (e-Sijil disediakan)

Fokus Webinar:

  1. Memberi pendedahan asas kepada peserta tentang konsep, fungsi dan komponen utama dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS)
  2. Membincangkan aplikasi sebenar GIS dalam bidang pertanian, perancangan bandar dan pengurusan sumber semula jadi
  3. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan data spatial dalam membuat keputusan strategik berkaitan pembangunan mampan

Tenaga Pengajar: Sr. Gs. Shahira A’in binti Noor Azmi, Pensyarah Kanan, Fakulti Agrosains UCAM

Tempat adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk menimba ilmu dan memperkukuh kefahaman dalam bidang GIS!

Daftar sekarang melalui pautan berikut: https://forms.gle/H94vK6t3MMP4SMfF8

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: 013-3155998 (Hawa)

Artikel Berkenaan