No rujukan : UCAM.PP.300-3/1/3 (Bil.8/2026)
Kepada : Semua Pelajar UCAM
Tarikh : 13 Mac 2026
Dimaklumkan bahawa kalendar akademik yang dikeluarkan adalah bagi program berikut :
- Asasi Semester Pendek 2026 (April – Jun 2026)
- Ijazah Sarjana Semester April 2026 (April – Julai 2026)
- Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Asasi Semester Pertama 2026/2027 (Mei – September
2026)
Sehubungan itu, para pelajar dimohon untuk mematuhi kalendar akademik yang telah ditetapkan, khususnya yang berkaitan dengan aktiviti akademik seperti pendaftaran kursus, perubahan kursus (gugur/tambah) dan penangguhan pengajian, bagi memastikan kelancaran proses akademik di UCAM.
Kerjasama daripada para pelajar amatlah dihargai dan didahuli dengan ucapan terima kasih.

