06/07/2026
Sekitar Program Finishing School anjuran HEPA UCAM dengan kerjasama PERKESO. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai penyediaan resume, teknik temu duga dan portal MYFutureJobs kepada pelajar yang bakal menjalani latihan industri pada sesi Oktober 2026.
06/07/2026
Sekitar Bengkel AI dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersama barisan pensyarah UCAM. Dikendalikan oleh pakar dari UTHM, Ts. Dr. Azli Nawawi, bengkel ini memfokuskan aplikasi praktikal Google Gemini dan NotebookLM bagi memacu transformasi digital dalam pendidikan tinggi.
03/07/2026
Sekitar Program Pendakian Gunung Angsi di Negeri Sembilan pada 29 Jun 2026 yang melibatkan 13 orang peserta. Program ini berjaya memupuk semangat kebersamaan, kepimpinan, dan gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswa.
02/07/2026
Sekitar Taklimat Hala Tuju Kerjaya oleh delegasi FAS dan FPP UCAM kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 di SMK Air Molek pada 1 Julai 2026. Berminat untuk menyambung pengajian ke UCAM? Daftar segera melalui portal pendaftaran kami.
02/07/2026
Tahniah RISDA atas pencapaian penarafan UNGGUL (99.08%) dalam Sistem Pengurusan Integriti dan Governan (SPINE). Kejayaan ini memperkasakan lagi usaha RISDA sebagai Agensi Berprestasi Tinggi untuk Pekebun Kecil Getah.
01/07/2026
Tahniah dan syabas kepada Pasukan Bola Sepak UCAM atas kejayaan mara ke peringkat Suku Akhir Kejohanan Bola Sepak Anak Muda IPT di UTeM. Penghargaan turut diberikan kepada jurulatih atas komitmen dan dedikasi mereka.






