10/06/2026
Sekitar lawatan delegasi RISDA ke tapak rintis Projek Tanaman Getah Berskala Besar (TGBB) dan Projek Agromakanan di Ladang UCAM, Alor Gajah. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA, Encik Md Najip Ishak bagi meninjau pelaksanaan program.
09/06/2026
Sekitar Mesyuarat Pengurusan Portfolio Pembangunan (MP3) Bilangan 6/2026 di Pejabat RISDA Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA. Mesyuarat disusuli dengan lawatan ke tapak rintis Projek TGBB dan Projek Agromakanan di Ladang UCAM, Alor Gajah.
08/06/2026
Sekitar pelaksanaan Program School Attack Siri 4 oleh Fakulti Agrosains UCAM di Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor. Inisiatif proaktif ini bertujuan mempromosikan bidang agrosains, menarik minat pelajar menyambung pengajian ke peringkat diploma, serta memperkukuh kolaborasi institusi.
08/06/2026
Sekitar kejayaan Hikers Official UCAM Youth Hiking Club menawan puncak Gunung Datuk pada 6 Jun lalu. Ekspedisi yang diketuai oleh Encik Fazley bin Muhamad Lazim ini berjaya memupuk semangat kerja berpasukan serta memberi pengalaman luar kelas yang bermakna buat para peserta.
06/06/2026
Sekitar kemeriahan Majlis Jamuan Makan Perdana Aidiladha UCAM 2026 yang berlangsung pada 5 Jun lalu. Majlis ini diadakan bagi mengeratkan ukhuwah dan menyemai nilai pengorbanan, keikhlasan serta silaturahim dalam kalangan keluarga besar UCAM.
06/06/2026
Sekalung tahniah kepada pasukan inovasi Smart Cup Fertilizer (SCF) dari RISDA Sandakan dan Bio Capsule Fungicide (BCF) dari UCAM atas kejayaan merangkul Anugerah Platinum dan Emas di International Invention & Innovation Competition & Innovation World Cup, Jakarta baru-baru ini.






