Diploma Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi

Fakulti Sains Sosial dan Teknologi Maklumat

Pengenalan

Program Diploma Bahasa Inggeris untuk Komunikasi direka untuk membangunkan kemahiran komunikasi lisan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris bagi tujuan profesional, akademik dan sosial. Pelajar akan didedahkan kepada aspek linguistik, komunikasi antara budaya, serta aplikasi bahasa dalam pelbagai konteks industri. Program ini sesuai bagi mereka yang bercita-cita untuk menceburi kerjaya dalam bidang perkhidmatan, pendidikan, penyiaran, dan komunikasi korporat.

Kod Program

JPT/BPP(R/244/4/0015)02/25, MQA/FA4874

Tempoh

3 Tahun (6 Semester)

Yuran Keseluruhan

RM17,400