Kadang-kadang, kita tidak perlu memaksa diri untuk sentiasa kuat. Ada ketikanya, kita amat perlukan ruang untuk berhenti seketika, berehat, dan memulihkan emosi yang kian rapuh. Persoalannya, bilakah masa yang paling sesuai untuk memberi ruang kepada diri sendiri?
Ketahui jawapannya dengan menyertai program “RESET MINDA, PULIH EMOSI: Dari Penat ke Kuat”. Program ini dirangka khas untuk membantu anda mencari semula keseimbangan diri, menguruskan kepenatan mental, dan kembali bangkit dengan semangat baharu.
Berikut adalah butiran pelaksanaan program tersebut:
- Tarikh: 27 & 28 Oktober 2026 (Selasa & Rabu)
- Tempat: Pusat Belia Antarabangsa, Cheras
- Yuran: RM400 (Pakej merangkumi makan minum, Kit Peserta, Sijil Penyertaan & 4 Mata CPD)
Kumpulan Sasar: Terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk kakitangan kerajaan, pekerja swasta, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), dan orang awam.
Jangan lepaskan peluang untuk merawat emosi dan kembali bertenaga. Daftar segera dengan melayari pautan di bawah:
Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/wS4y5QfzYpmUQY9o6













