KENYATAAN SEBUT HARGA UCAM 2025
Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) mempelawa kontraktor tempatan yang berkelayakan untuk menyertai sebut harga bagi Kontrak Penyewaan dan Pengurusan Kafetaria UCAM, dengan butiran seperti berikut:
- Lokasi: UCAM, Lot 2020, Ayer Pa’Abas, 78000 Alor Gajah, Melaka
- Tempoh Dokumen Diperoleh: 7 November 2025 (Jumaat) hingga 14 November 2025 (Jumaat)
- Tempat Pengambilan Dokumen: Aras 1, Jabatan Kewangan & Perakaunan, UCAM
- Harga Dokumen: RM15.00
- Lawatan Tapak (Wajib):
Tarikh: 7 November 2025 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Lokasi: Lobi Canselori UCAM - Tarikh Tutup Sebut Harga: 14 November 2025 (Jumaat), sebelum jam 12.00 tengah hari
Kontraktor hendaklah membawa sijil asal dan salinan pendaftaran SSM serta lesen perniagaan pihak berkuasa tempatan semasa mendapatkan dokumen sebut harga.
Untuk maklumat lanjut, sila hadir ke Jabatan Kewangan & Perakaunan UCAM pada waktu pejabat.
Peringatan: Pemberi dan penerima rasuah adalah kesalahan di bawah Akta SPRM (Akta 694).

