Fakulti Agrosains
Pengenalan
Program Diploma Pengurusan Landskap menawarkan latihan komprehensif dalam aspek reka bentuk, pembinaan, penyelenggaraan dan pengurusan landskap. Pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan teknikal, kreativiti, serta kemahiran praktikal yang diperlukan dalam industri landskap moden. Program ini sesuai bagi mereka yang berminat dalam pembangunan persekitaran hijau dan lestari.
JPT/BPP(R/345/4/0380)07/23, MQA/FA2795
3 Tahun (6 Semester)
Kelayakan Masuk
Struktur Program
Prospek Kerjaya
Kelayakan Masuk
Pelajar Tempatan
- * Lulus SPM/SPMV atau setaraf – 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu serta lulus dalam mata pelajaran berikut (1) mata pelajaran Sains, Matematik atau Prinsip Akaun ATAU
- * Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam (3) mata pelajaran ATAU
- * Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- * Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
- * Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
- * Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.00 dalam bidang berkaitan; ATAU
- * Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran; ATAU
- * Lulus STAM pangkat Maqbul; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Pelajar Antarabangsa
- Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia
Struktur Program
Muat Naik PDF Struktur Program
Prospek Kerjaya
Prospek Kerjaya
Graduan program ini berpeluang membina kerjaya dalam pelbagai sektor berkaitan landskap, hortikultur dan pertanian. Dengan pengetahuan teknikal serta kemahiran pengurusan dan reka bentuk, graduan mampu memenuhi keperluan industri landskap awam dan swasta yang semakin berkembang.
Antara skop kerjaya yang berpotensi termasuk:
- Pengurus Landskap
- Pengurus Nurseri
- Penolong Pengurus Landskap
- Penyelia Projek Landskap
- Penolong Arkitek Landskap
- Pegawai Landskap
- Kontraktor Landskap
- Pengurus Nurseri
- Pegawai Hortikultur
- Pegawai Pertanian

Daftar Sekarang
Jom Sambung Belajar UCAM
Laluan masa depan anda bermula di sini