Fakulti Agrosains
Pengenalan
Program Diploma Pengurusan Ladang memberi tumpuan kepada pengurusan operasi ladang secara bersepadu meliputi tanaman, ternakan, sumber manusia dan penggunaan teknologi pertanian moden. Pelajar akan memperoleh pengetahuan dalam bidang pengurusan, kewangan ladang, pemasaran hasil tani serta amalan pertanian lestari, selaras dengan keperluan industri agropelancongan dan agromakanan.
JPT/BPP(R/621/4/0005)05/23, MQA/FA2779
3 Tahun (6 Semester)
RM19,800
Kelayakan Masuk
Struktur Program
Prospek Kerjaya
Kelayakan Masuk
Pelajar Tempatan
- Lulus SPM/SPMV atau setaraf – 3 kepujian – BM, salah satu subjek Sains dan satu matapelajaran lain serta lulus BI dan Matematik; ATAU
- Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
- Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
- Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU
- Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU
- Lulus STAM pangkat Maqbul; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Pelajar Antarabangsa
- Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia
Struktur Program
Muat Naik PDF Struktur Program
Prospek Kerjaya
Peluang Kerjaya Graduan
Graduan daripada program ini berpeluang untuk menceburi pelbagai kerjaya dalam sektor awam dan swasta yang berkaitan dengan bidang pertanian, perladangan, perikanan dan landskap. Dengan kemahiran teknikal dan asas industri yang kukuh, graduan mampu menyumbang secara langsung dalam pembangunan sektor agro dan juga melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Antara skop kerjaya yang berpotensi termasuk:
- Penolong Pegawai RISDA / Jabatan Pertanian / FELDA / KADA / MADA
- Penolong Pegawai Perikanan LKIM / Jabatan Perikanan
- Penolong Pengurus Ladang Pertanian / Ternakan
- Penolong Penasihat Industri Pertanian
- Penolong Penasihat Syarikat Perladangan
- Pengusaha Ladang Pertanian / Ternakan
- Penolong Pengurus Syarikat Landskap dan Nurseri
- Melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan

Daftar Sekarang
Jom Sambung Belajar UCAM
Laluan masa depan anda bermula di sini