PENERAJU STRATEGIK UCAM
Pengenalan UCAM Lestari
Jawatankuasa Lestari UCAM telah ditubuhkan sebagai badan pelaksana yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan amalan hijau di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM). Penubuhannya selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri Melaka yang giat melangkah ke arah menjadi Negeri Teknologi Hijau.
Jawatankuasa ini berperanan membantu UCAM dalam pembentukan dasar berkaitan kelestarian, meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan warga kampus serta menyokong pembangunan mampan yang seimbang antara keperluan alam sekitar dan pembangunan manusia.
Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan latihan berkaitan alam sekitar serta pembangunan yang terunggul di Malaysia dan disegani di rantau Asia Pasifik.
Berfungsi sebagai pusat rujukan dalam menangani isu-isu berkaitan kelestarian pembangunan.
Menjadi pusat penyelidikan multidisiplin yang menyepadukan ilmu dalam bidang alam sekitar dan pembangunan.
Bertindak sebagai penggerak utama dalam mempengaruhi dasar dan membina kapasiti ke arah pembangunan lestari.
TRANSFORMASI HIJAU UCAM
Jawatankuasa Lestari UCAM
Muhamad Mahathir bin Abdul Rahim
Mohd Murshid bin Amir
Safiah Binti Abu Noh
Zulkifli bin Zaini
Fairus Ezlin Binti Shahbudin
Kesedaran Publisiti
- Nur Amalyna Bt Zakaria
- Nadzirah Bt Roslan
- Siti Noridah Bt Abd Aziz
Kecekapan Tenaga
- Nor Hannan Bt Mohd Zin
- Hairulnizam Bin Abu Samah
Pengangkutan Hijau
- Siti Zubaidah Bt Kasim
- Mohd Ashwan Bt Mazlan
Pendidikan & Penyelidikan
- Halimatun Saadiah Bt Md Salehan
- Dr. Mohd Syafik bin Mohamad Hamdan
Perkhidmatan Makanan
- Shahira A’in Bt Azmi
- Yang Zarina Bt Zainal Abidin
Kesihatan & Keselamatan
- Mohd Khairudin bin Abd Aziz
- Azmi Bin Mat Husin
- Siti Nur Aisyah Bt Sharan
Penghijauan Kampus
- Mohd Syafiie Bin Sutan
- Mohd Yazid bin Idrus
- Muhammad Zawahir Bin Abu Karim
Kecekapan Air
- Nur Amira Bt Mohamed
- Mohd Suhaime Bin Mohd Yusof
- Siti Iklamiah Bt Kasin
Pengurusan Sisa
- Siti Rabiah Bt Hassan
- Nasri bin Abdul Rahman
- Azlan bin Ahmad
MENYEMAI HARAPAN HIJAU
Pencapaian UCAM Lestari
- Pingat Gangsa - Kategori Pembudayaan Amalan Hijau
Anjuran: Perbadanan Teknologi Hijau Negeri Melaka - UI GreenMetric World University Rankings
- The 330th World's Most Sustainable University
- The 13th Malaysia's Most Sustainable University
- Anugerah Cemerlang - Kategori Pembudayaan Hijau (IPT)
Anjuran: Perbadanan Teknologi Hijau Negeri Melaka - Pingat Emas - Kategori Pembudayaan Hijau (IPT)
Anjuran: Perbadanan Teknologi Hijau Negeri Melaka
- Johan, Anugerah Hijau Negeri Melaka - Kategori Amalan Hijau Institusi Pengajian Tinggi
Anjuran: Perbadanan Teknologi Hijau Negeri Melaka
- Naib Johan, Anugerah Hijau Negeri Melaka - Kategori Institusi Pengajian Tinggi
Anjuran: Perbadanan Teknologi Hijau Negeri Melaka
- Tempat Ketiga, Anugerah Hijau Negeri Melaka 2015 - Kategori Institusi Pengajian Tinggi
Anjuran: Perbadanan Teknologi Hijau Negeri Melaka

JEJAK LESTARI UCAM
Inisiatif Penarafan Hijau – UI GreenMetric
UI GreenMetric World University Rankings merupakan inisiatif tahunan dari Universiti Indonesia yang menilai komitmen institusi pengajian tinggi terhadap kelestarian alam sekitar.
Penarafan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan universiti seluruh dunia terhadap keperluan untuk melaksanakan amalan lestari secara sistematik dan berterusan.
PENGGERAK PERUBAHAN HIJAU
UCAM EcoRangers
Bagi menyemai semangat kepimpinan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar, Kelab UCAM EcoRangers telah ditubuhkan.
Kelab ini menjadi wadah kepada mahasiswa untuk mengasah kemahiran insaniah melalui penglibatan dalam aktiviti kelestarian dan pada masa yang sama membantu mempromosikan konsep kampus hijau.
EcoRangers turut berfungsi sebagai ‘duta kecil kelestarian’ yang menggerakkan usaha menjadikan UCAM sebagai Kampus Lestari.

HALATUJU LESTARI UCAM
Objektif UCAM EcoRangers
- Mengeratkan hubungan sosial antara pelajar, ahli akademik dan pihak pengurusan UCAM dalam mengembangkan budaya hijau.
- Menerapkan amalan kelestarian dalam kalangan pelajar bagi memastikan sumber kampus digunakan secara optimum.
- Membentuk pelajar yang menghayati peranan sebagai khalifah dalam menjaga kemakmuran bumi.
- Mewujudkan kerjasama dan interaksi positif menerusi aktiviti kolaboratif.
- Melahirkan generasi prihatin dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
UCAM HIJAU, UCAM LESTARI
Jawatankuasa UCAM EcoRangers
Pn Safiah binti Abu Noh
Muhammad Syakirin bin Wari
Nabilah binti Abidin
Nur Aisyah binti Mokhtar
Ummi Liyana
Nur Adilah binti Zulkefly
Mohd Shah Safiq bin Hamran
Penghijauan Kampus
- Sara Sofea binti Diah
- IskandarWan Amira
Promosi dan Publisiti
- Nurul Nabihah binti Mahdihi
- Tattuva Jnanesware a/p Ravee
- Luqmanul Hakim Abdul Rahim
Kitar Semula
- Siti Zulaiha binti Sulaiman
- Nadira
Jaringan Luar
- Muhammad Hziq Danial bin Ali
- Nur Afiqah Nasuha binti Khairuddin
Kecekapan Air dan Tenaga
- Nur Assyikin binti Mohd AsriNur
- Alya Farhanah binti Faizal
Khidmat Masyarakat
- Zulkifli bin Abu BakarNur
- Qastura binti M.Wari
KE ARAH KELESTARIAN
Galeri / Aktiviti
melahirkan modal insan berkualiti
Kami adalah UCAM
Universiti ini komited melahirkan modal insan berkualiti yang mampu menyumbang secara signifikan kepada masyarakat, khususnya dalam sektor pertanian dan luar bandar, melalui pendekatan akademik yang holistik dan berorientasikan industri.
Gambaran UCAM
Sebuah institusi akademik yang unggul dengan matlamat untuk melahirkan modal insan yang berilmu, berkualiti dan kompeten, selaras dengan aspirasi negara ke arah pembangunan mampan sektor pertanian.
Kenali UCAM
Kolej RISDA Sdn. Bhd. adalah merupakan anak syarikat milikan RISDA yang ditubuhkan pada tahun 1993 di bawah Akta Syarikat 1965. Serta merupakan agensi milik Kementerian Pembangunan Luar Bandar.