Pengenalan UCAMHALAL CENTRE
UCAMHalal Centre dibangunkan pada tahun 2014 dengan kerjasama PERSATUAN PROFESION EKSEKUTIF HALAL MALAYSIA (PEHMA) bagi memenuhi kehendak UCAM membangunkan program berkaitan HALAL.
Bimbingan Pensijilan berkaitan makanan ini adalah inisiatif UCAMHalal Centre (UHC) tawarkan untuk membantu para usahawan di seluruh Malaysia yang komited dengan amalan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pensijilan Halal Malaysia (JAKIM).
Diharapkan setelah mendapat pensijilan produk usahawan mudah diterima pengguna seterusnya dapat membantu meningkatkan pendapatan serta daya saing syarikat sehingga ke peringkat global. Bimbingan atau “coaching one by one” akan diberikan kepada para usahawan untuk membantu mereka supaya komited memenuhi keperluan pensijilan yang dipohon sehingga mendapat pensijilan.
