18/08/2026
Seramai 40 orang pelajar dan pensyarah Fakulti Agrosains (FAS) UCAM mengadakan lawatan akademik ke HL Dragon Fruit Eco Farm di Sepang bagi mendalami ilmu genetik, agronomi, serta potensi perniagaan agropelancongan berasaskan buah naga.
17/08/2026
Sesi perbincangan Projek TVET di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI 2026 bersama Jabatan Tenaga Atom telah diadakan di PAYASUM bagi memfokuskan pembangunan kemahiran dan sosioekonomi masyarakat setempat.
14/08/2026
Kempen Derma Darah anjuran Kelab Gerakan Pengguna SISWA (GPS) UCAM dan pelajar kursus Khidmat Masyarakat (MPU 3412) telah berjaya dilaksanakan dengan sokongan padu para penderma yang prihatin untuk membantu menyelamatkan nyawa.
14/08/2026
Program Agro Sport Day Fakulti Agrosains 2026 yang membawa slogan “One Faculty, One Spirit” telah berlangsung dengan meriah bagi menyemarakkan semangat kesukanan serta memperkukuh ukhuwah antara warga fakulti.
14/08/2026
Program Edu-Agrotourism @ UCAM terus memperkukuh jaringan antarabangsanya dengan menerima lawatan 20 orang peserta dari Shanghai Ocean University, China yang didedahkan dengan pelbagai aktiviti berteraskan pertanian, kebudayaan Melayu, serta perbincangan kolaborasi strategik.
13/08/2026
Konvensyen Pekebun Kecil RISDA Zon Sarawak 2026 yang diadakan di Kuching telah menghimpunkan pekebun kecil dan pemain industri bagi membincangkan inisiatif transformasi sektor getah, pengaplikasian teknologi, serta usaha rantaian ekonomi menerusi inisiatif Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET).






