Langkah Kejayaan Bermula Di Sini
Kisah Kejayaan Alumni UCAM
Di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), kejayaan tidak hanya diukur di dalam bilik kuliah — ia dicipta dan diraikan dalam kehidupan sebenar selepas graduasi. Bahagian ini mengetengahkan pelajar, penyelidik, fakulti dan jabatan yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang, serta menerima pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.
UCAM melahirkan graduan yang bukan sahaja mahir dalam bidang pertanian, perladangan dan keusahawanan, tetapi juga berdaya saing di pelbagai sektor industri.
Dalam ruangan ini, anda akan dibawa menyelami pengalaman sebenar bekas pelajar UCAM – cabaran yang mereka hadapi, semangat yang membara sepanjang pengajian, serta pencapaian yang mereka raih selepas tamat belajar.
Inspirasi Komuniti UCAM
“Saya berterima kasih kepada RISDA wujudkan UCAM untuk membantu anak pekebun kecil dan saya meneruskan minat dalam bidang pertanian.”

“Saya melanjutkan pengajian di UCAM kerana ayah yang mengetahui kewujudan kolej universiti ini melalui iklan di WhatsApp yang menyebabkan saya tertarik untuk mengikuti kursus pengajian di sini.”

“Saya ambil Sijil SKM Tahap Dua dari Kolej RISDA Kelantan melalui kursus jangka pendek jahitan pakaian selama tiga bulan untuk beri lebih keyakinan kepada masyarakat bahawa OKU seperti saya juga ada kemahiran menjahit. Beliau menyeru agar lebih ramai golongan B40 dan anak pekebun kecil merebut peluang di Kolej RISDA kerana ia mampu menjana peluang pendapatan melalui bidang kemahiran ditawarkan.

“Minat dalam bidang pertanian dipupuk sejak kecil kerana bapa saya merupakan pekebun kecil yang mengusahakan kebun getah.UCAM banyak melahirkan petani moden selain saya sendiri turut menjadi penerima Anugerah AET RISDA bagi produk makanan daging salai.”

“Alhamdulillah, saya terima biasiswa bulanan RM450 serta bantuan setiap semester daripada Yayasan RISDA yang banyak membantu,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan. Kini dia menjalankan perniagaan biskut secara kecil-kecilan sementara menunggu tawaran pekerjaan tetap dan bercita-cita menjadi pegawai RISDA.

Wow! Tahniah Muhd Ezmirul, pelajar Bachelor of Agriculture Science, sebab join program pertukaran pelajar di China. Dekat sana, Ezmirul sempat:Belajar budaya tradisional (macam buat teh & susun bunga). Borak & share ilmu dengan pelajar Anshun Technical College. Ikut latihan TVET di Guizhou Agricultural Vocational College. Inilah bukti belajar di UCAM bukan setakat dalam kelas, tapi sampai ke peringkat antarabangsa! Nak rasa pengalaman macam ni? Jom join UCAM sekarang!

Tahniah Sheelaa Vijayanthiran (Diploma in Livestock Production) kerana berpeluang join program pertukaran pelajar di China. Dekat sana, Sheelaa dapat pengalaman unik — belajar tentang artificial insemination of chickens sambil explore dunia baru dalam bidang ternakan! Inilah bukti belajar di UCAM bukan setakat teori, tapi terus dapat pengalaman hands-on sampai ke luar negara!

Tahniah Mohamad Hafiz Zafran (Diploma in Landscape Management) sebab join program pertukaran pelajar di China. Dekat sana, Hafiz sempat saksikan sendiri macam mana teknologi moden & inovasi digunakan — memang mind blowing! Inilah peluang bila belajar di UCAM: ilmu + pengalaman global.

melahirkan modal insan berkualiti
Kami adalah UCAM
Universiti ini komited melahirkan modal insan berkualiti yang mampu menyumbang secara signifikan kepada masyarakat, khususnya dalam sektor pertanian dan luar bandar, melalui pendekatan akademik yang holistik dan berorientasikan industri.
Pusat Penyelidikan RAiMC
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (Research and Innovation Management Centre – RAiMC) merupakan entiti penyelidikan rasmi Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).
Pusat Perkhidmatan Pendidikan Keusahawanan Akademik (UEC)
UCAMpreneur Excellence Centre (UEC) merupakan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Keusahawanan Akademik yang ditubuhkan bagi memperkasa hubungan strategik antara pelajar dan agensi industri berkaitan keusahawanan.
Kebajikan Pelajar
UCAM komited memastikan kebajikan pelajar terpelihara melalui pelbagai inisiatif dan perkhidmatan yang menyokong kesejahteraan hidup dan pembelajaran sepanjang tempoh pengajian.
Kemudahan di UCAM
Kemudahan yang selesa dan mesra pelajar di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) mencerminkan komitmen institusi ini dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menyokong kecemerlangan pelajar.
Kisah Kejayaan Alumni
Di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), kejayaan tidak hanya diukur di dalam bilik kuliah — ia dicipta dan diraikan dalam kehidupan sebenar selepas graduasi.