Pusat Penyelidikan RAiMC

TUNJANG PENYELIDIKAN & INOVASI DI UCAM

Image 2026 06 17

Pengenalan RAiMC

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (Research and Innovation Management Centre – RAIMC) merupakan pusat yang bertanggungjawab merancang, mengurus, menyelaras dan memperkasakan aktiviti penyelidikan, inovasi, pengkomersialan serta jaringan strategik di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM). Ditubuhkan sejak tahun 2011, RAIMC berperanan sebagai pemacu kecemerlangan penyelidikan dan inovasi yang menyokong pembangunan ilmu, teknologi, modal insan serta penjanaan pendapatan institusi.

Selaras dengan aspirasi UCAM, RAIMC komited untuk memperkukuh ekosistem penyelidikan, inovasi, TVET dan STEM melalui pembangunan projek berimpak tinggi, kerjasama strategik industri serta penerokaan peluang pengkomersialan yang mampu menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara dan kelestarian institusi.

Visi RAiMC
Menjadi pusat pengurusan penyelidikan, inovasi, TVET dan STEM yang unggul dalam menghasilkan pengetahuan, teknologi dan penyelesaian berimpak tinggi serta menyumbang kepada penjanaan pendapatan dan pembangunan mampan.
Misi RAiMC
  • Memperkukuh budaya penyelidikan, inovasi, TVET dan STEM melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berintegriti.
  • Menghasilkan penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi yang memenuhi keperluan industri, komuniti dan negara.
  • Meningkatkan pengkomersialan hasil penyelidikan dan inovasi bagi menyokong penjanaan pendapatan (revenue) institusi.
  • Memperluaskan jaringan kerjasama strategik dengan industri, agensi kerajaan, institusi akademik dan rakan antarabangsa.
  • Membangunkan modal insan berkemahiran tinggi melalui program latihan, TVET dan STEM yang relevan dengan keperluan semasa.

MEMBINA BUDAYA PENYELIDIKAN BERIMPAK

Matlamat RAiMC

MEMACU KUALITI PENYELIDIKAN UCAM

Jawatankuasa RAiMC

Pengarah

Dr Wan Nur Madihah binti Wan Abd Halim

Timbalan Pengarah

Pn Halimatun Saadiah binti Md Salehan

Setiausaha

Pn Hidayatul Shamilah binti Ismauddin

Bendahari

Pn Nor Hannan Binti Mohd Zin

Jawatankuasa

Jawatankuasa Inovasi

Cik Nurul Hanis Binti Rosli

Jawatankuasa Pengurusan Geran

  • Pn Noraidah Binti Nordin
  • Pn Farah Hazwani Binti Zaharin

Jawatankuasa Penerbitan & Publisiti

  • Dr. Mohd Syafik Bin Mohamad Hamdan
  • ChM. Maria Binti Sabtu

Jawatankuasa ICT dan Multimedia

  • Pn Salma Shazwana Binti Abdullah
  • Pn Nadzirah Binti Roslan

FOKUS PEMBANGUNAN ILMU & INOVASI

Geran & Penyelidikan RAiMC

PENGGERAK KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN UCAM

Pencapaian RAiMC

2025
2025
2023
Warga UCAM dan RAIMC berasa amat bangga dengan kejayaan para pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Teknologi Maklumat (FSTM), UCAM yang berjaya menerbitkan artikel dalam jurnal akademik. Pencapaian ini bukan sahaja mengangkat nama fakulti dan UCAM, malah turut membuktikan kepakaran kita setanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain. Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada semua untuk terus giat berkongsi ilmu melalui penerbitan akademik demi manfaat bersama. Ayuh, ucapkan tahniah dan sokongan anda di ruangan komen!

Tahniah Pasukan UCAM–RAIMC Raih Silver Award di IBIEC 2025 UCAM dan RAIMC merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sr. Gs. Shahira A’in Binti Noor Azmi, Salma Shazwana Binti Abdullah, dan Mizan Fatihah Binti Mohamad atas kejayaan meraih Silver Award melalui projek inovatif “Smart Agrosync” dalam The International Borneo Innovation, Exhibition & Competition (IBIEC) 2025.

Pertandingan berprestij ini telah dianjurkan oleh Politeknik Negeri Jakarta dan Politeknik Mukah, menghimpunkan pelbagai idea kreatif serta penyelidikan inovatif dari serantau. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh inovasi, penyelidikan, dan kecemerlangan UCAM di persada antarabangsa.

Pencapaian & Anugerah Tahun 2023
  • Gold Award (Feed Aqua) in International Innovation Arsvot Malaysia 2023 organized by Association for Researcher of Skills and Vocational Training (ARSVOT)
  • Silver Award (Landuse Changes MAP-GIS) in International Innovation Arsvot Malaysia 2023 organized by Association for Researcher of Skills and Vocational Training (ARSVOT)
  • Gold Award (Feed Aqua) in International Innovation Arsvot Malaysia 2023 organized by Association for Researcher of Skills and Vocational Training (ARSVOT)
  • Bronze Award (Musa SPP Fruit Bunch Packing Aid) in International Innovation Arsvot Malaysia 2023 organized by Association for Researcher of Skills and Vocational Training (ARSVOT)

melahirkan modal insan berkualiti

Kami adalah UCAM

Universiti ini komited melahirkan modal insan berkualiti yang mampu menyumbang secara signifikan kepada masyarakat, khususnya dalam sektor pertanian dan luar bandar, melalui pendekatan akademik yang holistik dan berorientasikan industri.

Pusat Penyelidikan RAiMC

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (Research and Innovation Management Centre – RAiMC) merupakan entiti penyelidikan rasmi Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Keusahawanan Akademik (UEC)

UCAMpreneur Excellence Centre (UEC) merupakan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Keusahawanan Akademik yang ditubuhkan bagi memperkasa hubungan strategik antara pelajar dan agensi industri berkaitan keusahawanan.

Kebajikan Pelajar

UCAM komited memastikan kebajikan pelajar terpelihara melalui pelbagai inisiatif dan perkhidmatan yang menyokong kesejahteraan hidup dan pembelajaran sepanjang tempoh pengajian.

Kemudahan di UCAM

Kemudahan yang selesa dan mesra pelajar di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) mencerminkan komitmen institusi ini dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menyokong kecemerlangan pelajar.

Kisah Kejayaan Alumni

Di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), kejayaan tidak hanya diukur di dalam bilik kuliah — ia dicipta dan diraikan dalam kehidupan sebenar selepas graduasi.