Media

Kemeriahan suasana gotong-royong penyediaan bubur lambuk yang mengeratkan lagi ukhuwah dan semangat kerjasama dalam kalangan warga KRUCAM.
Fakulti Agrosains dan Koperasi KR Melaka Berhad bekerjasama menganjurkan program gotong-royong memasak bubur lambuk untuk diedarkan kepada warga kerja KRUCAM.
Majlis Khatam Al-Quran anjuran KRUCAM berjaya menghimpunkan warga kerja di Surau Uwais Al Qarani bagi menyemarakkan kecintaan terhadap ayat suci.
Suasana penuh ketenangan dan kebersamaan warga kerja KRUCAM ketika mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran di Surau Uwais Al Qarani.
Senyuman ceria terukir di wajah anak-anak yatim RAYSAS selepas menerima potongan rambut baharu dan sumbangan duit raya.
Pelajar UCAM bersama Twinzzo Barbershop Cafe bergabung tenaga menceriakan anak yatim RAYSAS melalui program gunting rambut dan sumbangan amal raya.
Pihak IMPAC dan Genting Plantations rasmi memeterai MoU strategik bagi memperkasa penyelidikan, teknologi hijau, serta pengurusan perladangan moden yang mampan.
Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara IMPAC dan Genting Plantations Berhad melakar sejarah baharu dalam mengintegrasikan kepakaran akademik dan industri perladangan negara.
Kunjungan hormat dan perbincangan strategik bersama FGV Holdings Berhad bagi merintis Projek Jaminan Kerjaya merangkap inisiatif 'Harvesting Specialist'.
UCAM dan FGV Holdings Berhad memeterai perbincangan strategik bagi melahirkan tenaga pakar penuaian menerusi Projek Jaminan Kerjaya berteraskan program Microcredential.
Sukarelawan GPS UCAM bersama pelbagai agensi jayakan kempen MySaveFood di Bazar Masjid Tanah bagi mengelakkan pembaziran juadah sepanjang bulan Ramadan.
Usaha murni 10 sukarelawan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UCAM bersama rakan strategik dalam menyelamatkan lebihan makanan dan mengagihkan sumbangan di Bazar Ramadan Masjid Tanah.