Bergerak progresif bersama ICT

Diploma Sains Komputer (Rangkaian)

JPT/BPP(N/481/4/0109)07/24, MQA/FA4666

TEMPOH : 3 Tahun (6 Semester)

PROSPEK KERJAYA

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya di dalam bidang teknologi rangkaian komputer atau lain-lain yang berkaitan, di antaranya:

  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  • Eksekutif Keselamatan IT
  • Penyelia Rangkaian
  • Pentadbir Sistem Rangkaian
  • Penganalisa Data Komunikasi

SINOPSIS PROGRAM

IT telah muncul sebagai teknologi yang berbeza melalui teknik fokus dan pengkomputeran, telekomunikasi dan multimedia.

Program selama tiga tahun ini direkabentuk bagi melahirkan graduan separa professional dalam bidang rangkaian komputer selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Program ini memdedahkan pelajar kepada kemahiran pendawaian sistem rangkaian, konfigurasi sistem rangkaian dan pengurusan rangkaian. Pelajar juga didedahkan  mengenai pengurusan rangkaian seperti kerja-kerja mengenalpasti masalah, membaikpulih dan menyelenggara sistem rangkaian. Pelajar juga didedahkan kepada latihan industri di agensi kerajaan atau swasta selama 4 bulan. Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa.

KELAYAKAN MASUK

  • Lulus SPM/SPMV atau setaraf – 3 kepujian – termasuk Matematik dan dua (2) subjek lain ; ATAU
  • Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran – termasuk Matematik; ATAU
  • Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran – termasuk Matematik; ATAU
  • Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam Matematik; ATAU
  • Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam Matematik; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  • Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam Matematik; ATAU
  • Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran dan kepujian dalam Matematik peringkat SPM; ATAU
  • Lulus STAM pangkat Maqbul dan kepujian dalam Matematik peringkat SPM; ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

 

**Calon yang memperolehi kepujian dalam mana-mana matapelajaran pengkomputeran di peringkat SPM atau setara boleh diberi keutamaan.

**Calon tidak mendapat kepujian di dalam Matematik di peringkat SPM boleh diterima masuk sekiranya program Sijil mengandungi matapelajaran Matematik yang setara dengan SPM.

STRUKTUR PROGRAM

Muat turun di sini

YURAN PROGRAM

RM3400 per semester

“Fakulti Sains Komputer berperanan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi ICT.”