Bergerak progresif bersama ICT

Diploma E-Perniagaan

JPT/BPP(N/340/4/0263)07/23, MQA/FA2798

TEMPOH :  3 Tahun

PROSPEK KERJAYA 

  • Webmaster
  • Pegawai Teknologi Maklumat
  • Konsultan Web
  • Usahawan Internet

SINOPSIS PROGRAM

Program ini direkabentuk untuk melahirkan graduan yang mampu menjadi seorang usahawan IT berjaya dengan mempelajari bidang keusahawanan dan komputer secara khususnya.

Program Diploma E-Perniagaan ini mempunyai kurikulum pengajian yang merangkumi aspek teori dan praktikal. Kurikulum program merangkumi semua elemen seperti Pengenalan Kepada Usahawan, Rekabentuk dan Pengaturcaraan Internet, Asas Komputer, Undang-undang Perniagaan, Perakaunan, Pemasaran, Rekabentuk Laman Web, Aplikasi Web Mobile dan Pengurusan. Pelajar juga diberikan pendedahan semasa latihan industry selama 4 bulan.

KELAYAKAN MASUK

PELAJAR TEMPATAN

 

  1. Lulus SPM/SPMV atau setaraf – 3 kepujian – BM dan dua (2) matapelajaran lain serta lulus Matematik dan Bahasa Inggeris; ATAU
  2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  3. Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  4. Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  5. Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  6. Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU
  7. Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU
  8. Lulus STAM pangkat Maqbul; ATAU
  9. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

PELAJAR ANTARABANGSA

  1. Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia.

STRUKTUR PROGRAM

Muat turun di sini

YURAN PROGRAM

rm3400 per semester

“Fakulti Sains Komputer berperanan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi ICT.”