Membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek

Foundation in Business Management JPT/BPP(N/340/3/0773)07/24,MQA/PA11945

TEMPOH : 1 Tahun (3 Semester)

PROSPEK KERJAYA

  • Program ini menyediakan kelayakan bagi program pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan
  • .

SINOPSIS PROGRAM

Program ini mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan perniagaan merangkumi aspek pengurusan organisasi, pengurusan sumber manusia, pemasaran dan keusahawanan.

Ia merupakan program pra-universiti yang memberi laluan pendidikan pantas bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang cemerlang sebelum berpeluang untuk memilih program Ijazah Sarjana Muda pilihan mereka daripada pelbagai program dalam bidang yang berkaitan seperti pengurusan perniagaan dan perakaunan. Kaedah penyampaian adalah mengikut amalan baik seperti yang dicadangkan iaitu kuliah, tutorial, kajian kes dan kerja berkumpulan.

KELAYAKAN MASUK

  1. LULUS SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 5 mata pelajaran; atau
  2. LULUS UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran; atau
  3. LULUS O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam 5 mata pelajaran; atau
  4. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.

 

STRUKTUR PROGRAM

Muat turun di sini

“Menjadi sebuah Fakulti yang profesional dan berupaya membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek dan gerak kerja di dalam bidang perniagaan.”