Membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek
SINOPSIS PROGRAM
Program ini bertujuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan industri perniagaantani yang memerlukan kemahiran pengurusan selari dengan kemahiran teknikal mengenai pengeluaran, pemprosesan, pengoperasian dan pengedaran produk berasaskan pertanian.
Kurikulumnya menggabungkan aspek-aspek teknikal sains pertanian dengan perniagaan dan pengurusan supaya graduan berkeupayaan memahami dan mengaplikasi ilmu di bidang ini untuk mencari peluang dalam menjana pendapatan dalam bidang perniagaan yang berasaskan pertanian.
KELAYAKAN MASUK
PELAJAR TEMPATAN
- Lulus SPM/SPMV atau setaraf – kepujian dalam tiga (3) matapelajaran serta lulus Prinsip Akaun atau Matematik; ATAU
- Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
- Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
- Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
- Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU
- Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU
- Lulus STAM pangkat Maqbul; ATAU
- Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
PELAJAR ANTARABANGSA
- Kelayakan yang diiktiraf setara oleh Kerajaan Malaysia
STRUKTUR PROGRAM
Muat turun di sini
YURAN PROGRAM
RM2800 per semester

“Menjadi sebuah Fakulti yang profesional dan berupaya membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek dan gerak kerja di dalam bidang perniagaan.”