Membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek

Diploma Perakaunan

JPT/BPP(R/344/4/0293)01/20, MQA/A5690

TEMPOH :
3 Tahun

PROSPEK KERJAYA

  • Penolong Pegawai Akaun.
  • Penolong Eksekutif Perakaunan.
  • Penolong Pegawai Bank.
  • Penyelia Kewangan.

SINOPSIS PROGRAM

Program ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada pelajar berkaitan dengan konsep perakaunan dan kebolehan pelajar untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan harian dan situasi pekerjaan sebenar.

Graduan bukan sahaja dilatih dalam kemahiran perakaunan tetapi program ini juga menerapkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat seperti komunikasi secara efektif dan kebolehan untuk bekerja  secara berkumpulan di samping memberi pengetahuan tentang bagaimana pengurusan mengawal aspek kewangan dalam organisasi. Program ini menawarkan kursus-kursus lain yang berkaitan seperti pengurusan kewangan, pengurusan, statistik, percukaian dan pengauditan.

KELAYAKAN MASUK

  1. Lulus SPM / SPMV dengan mempunyai tiga (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan satu (1) subjek lain serta lulus Bahasa Inggeris, ATAU
  2. Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik dan Lulus bahasa Inggeris, ATAU
  3. Lulus O-Level dengan sekurang-kurangnya gred C dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris, ATAU
  4. Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan; dan Lulus SPM dengan minimum satu (1) kredit dalam mana-mana subjek dengan kredit Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM, ATAU
  5. Lulus Sijil Kolej Komuniti yang setara dengan tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; dan Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran dengan kredit dalam Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris, ATAU
  6. Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00, ATAU
  7. Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) mata pelajaran; dan kepujian dalam mata pelajaran matematik dan Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM, ATAU
  8. Lulus STAM dengan minimum pangkat Maqbul; dan kepujian dalam mata pelajaran MAtematik dan Lulus bahasa Inggeris di peringkat SPM, ATAU
  9. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia.

STRUKTUR PROGRAM

Muat turun di sini

YURAN PROGRAM

RM2800 per semester

“Menjadi sebuah Fakulti yang profesional dan berupaya membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek dan gerak kerja di dalam bidang perniagaan.”