Membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek

Bachelor of Business Administration (Agriculture Management) (Hons)  

JPT/BPP(N/340/6/0721)03/22, MQA/PA8761

TEMPOH 4 Tahun

PROSPEK KERJAYA

Sektor Awam

  • Pegawai Pertanian
  • Pegawai Tadbir
  • Pegawai Penyelidik
  • Pegawai Pemantau Harga
  • Pensyarah
  • Pegawai Perunding
  • Penolong Pegawai Pertanian
  • Penolong Pegawai Tadbir
  • Penolong Pegawai Penyelidik

Sektor Swasta

  • Pengurus Syarikat
  • Pegawai Perladangan
  • Perunding Usahawantani
  • Usahawantani
  • Pensyarah
  • Penyelia Estet
  • Inspektor Kualiti Estet/Ladang
  • Pemeriksa Estet/Ladang
  • Penternak (haiwan yang berkaitan)
  • Pegawai Bank

SINOPSIS PROGRAM

Program ini direkabentuk untuk menyediakan pelajar ke arah kerjaya profesional dalam bidang pengurusan, kewangan, pemasaran dan perniagaan berasaskan produk pertanian.

Aspek rantaian pertanian menjadi tunjang dalam program ini di mana graduan akan mendapat kefahaman menyeluruh tentang pengeluaran dan rantaian bekalan daripada pengeluar sehingga kepada pengguna. Kursus-kursus utama yang terdapat dalam program ini termasuklah pengurusan sains tanah, pengeluaran tanaman, ternakan, akuakultur, prinsip pengurusan, pemasaran, kewangan dan sumber manusia. Latihan industri, tesis dan kertas kajian turut memberi nilai tambah kepada graduan dalam program ini.

KELAYAKAN MASUK

Pelajar Tempatan

  • Lulus Diploma atau Diploma Lanjutan (Tahap 4 atau 5 MQF); ATAU
  • Lulus STPM atau setaraf dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) matapelajaran DAN Lulus SPM dengan Lulus dalam Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris; ATAU
  • Lulus Matrikulasi/Foundation/Asasi dengan minimum CGPA 2.0; ATAU
  • Lulus STAM (pangkat Jayyid) DAN Lulus SPM dengan Lulus dalam Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris; ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia atau Senat UCAM
  •  

Pelajar Antarabangsa

  • TOEFL skor 550 atau IELTS skor 5.0 atau setaraf.
  • Sekiranya tidak memenuhi kriteria, perlu lulus Kemahiran Bahasa Inggeris yang ditawarkan oleh PPT.

STRUKTUR PROGRAM

Muat turun di sini

STRUKTUR PROGRAM

RM4900 per semester

“Menjadi sebuah Fakulti yang profesional dan berupaya membentuk kepakaran dalam pelbagai aspek dan gerak kerja di dalam bidang perniagaan.”