Modal insan yang akan menerajui sektor pertanian Negara dan global

Foundation in Science 

JPT/BPP(N/010/3/0505)09/23,  MQA/PA9778

TEMPOH : 1 Tahun (3 Semester)

PROSPEK KERJAYA

  • Program ini menyediakan kelayakan bagi program pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan.

SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan pengetahuan utama dalam bidang sains meliputi matematik, fizik, kimia, biologi dan teknologi maklumat selain pengetahuan asas dalam pertanian dan keusahawanan.

Ia merupakan program pra-universiti yang memberi laluan pendidikan pantas bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang cemerlang sebelum berpeluang untuk memilih program Ijazah Sarjana Muda pilihan mereka daripada pelbagai program dalam bidang yang berkaitan seperti pengurusan landskap dan sains pertanian.

KELAYAKAN MASUK

  1. Lanjutan pengajian ke bidang perubatan
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) I O-Level dengan mendapat Gred B untuk 5 mata pelajaran iaitu mata pelajaran Matematik atau      Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan satu mata pelajaran yang lain; atau
    • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B4 dalam 3 mata pelajaran iaitu mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik (atau Advanced Mathematics I atau Advanced Mathematics II).
  2. Lanjutan pengajian ke bidang Pergigian:
    • Lulus SPM I O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 5 mata pelajaran iaitu mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik (atau Matematik Tambahan) dan satu mata pelajaran yang lain; atau
    • Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B4 dalam  4 mata pelajaran iaitu mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik (atau Advanced Mathematics I atau Advanced Mathematics II) dan satu mata pelajaran lain.
  3.  Lanjutan pengajian ke bidang Farmasi:
    • Lulus SPM / O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 5 mata pelajaran iaitu mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik (atau Matematik Tambahan) dan satu mata pelajaran yang lain serta wajib lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam SPM atau setara; atau
  4.  Lanjutan pengajian ke bidang Sains Kesihatan Bersekutu:
    • Lulus SPM I O-Level dengan mendapat Kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk 4 daripada mata pelajaran berikut:
      • Biolog
      • Fizik
      • Matematik
      • Kimia, Atau
    •  Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred                B dalam 3 daripada mata pelajaran berikut:
      • Biologi
      • Fizik / Advanced Mathematics I / Advanced Mathematics II
      • Kimia
  5. Lanjutan pengajian ke bidang Kejuruteraan:
    • Lulus SPM I O-Level dengan mendapat Kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk dalam Matematik dan salah satu mata pelajaran Fizik dan 3 mata pelajaran lain atau kelayakan lain yang setara dengannya; atau
    • Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Advanced Mathematics I / Advanced Mathematics II dan Fizik serta 1 mata pelajaran lain atau kelayakan lain yang setara dengannya.
  6. Lanjutan pengajian ke bidang Alam Bina:
    • Lulus SPM I O-Level dengan mendapat Kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik atau kelayakan lain yang setara dengannya; atau
    • Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran termasuk Advanced Mathematics I / Advanced Mathematics II atau kelayakan lain yang setara dengannya.
  7.  Lanjutan pengajian ke bidang Sains yang lain:
    • Lulus SPM I O-Level dengan sekurang-kurangnya Kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik dan 2 mata pelajaran Sains; atau
    • Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran termasuk Advanced Mathematics I / Advanced Mathematics II dan 2 mata pelajaran Sains atau kelayakan lain yang setara dengannya.
  8. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan  Malaysia.

STRUKTUR PROGRAM

Muat turun di sini

YURAN PROGRAM

RM3600 per semester

“Fakulti Agrosains berperanan melahirkan sumber tenaga kerja terlatih dalam bidang pertanian, perladangan serta landskap dan hortikultur”