No. Rujukan Program: MQA / PA 9778

 

Maklumat Program

 

Nama Program: Foundation in Science

Tahap Program: Kelayakan ini untuk kemasukan ke program tahap lebih tinggi.

Nama dan Alamat PPT:

 

Kolej Universiti Agrosains Malaysia

Lot 2020, 2048 & 2049

Ayer Pa’abas

78000 Alor Gajah, Melaka

 

Bidang Program: 010 Basic /board, general programmes

Bahasa Pengantar: Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia

Kaedah Penawaran: Konvensional

Mod Program: Sepenuh Masa

Kaedah Pengajaran: Kuliah, Tutorial & Amali

Taraf Pelaksanaan: Sendiri

Kredit Bergraduat: 50 Kredit

 

Sepenuh Masa

Semester Panjang

Semester Pendek

Bilangan Minggu*

17

9

Bilangan Semester

2

1

Bilangan Tahun

1

*Termasuk minggu ulangkaji dan peperiksaan

 

Institusi Penganugerahan : Kolej Universiti Agrosains Malaysia

Kelayakan Masuk:

  1. Lanjutan pengajian ke bidang perubatan

          Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) I O-Level dengan mendapat Gred B untuk 5 mata pelajaran iaitu mata pelajaran Matematik atau      Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan satu mata pelajaran yang lain; atau

          Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B4 dalam 3 mata pelajaran iaitu mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik (atau Advanced Mathematics I atau Advanced Mathematics II).

     2. Lanjutan pengajian ke bidang Pergigian:

         Lulus SPM I O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 5 mata pelajaran iaitu mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik (atau Matematik Tambahan) dan satu mata pelajaran yang lain; atau

         Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B4 dalam  4 mata pelajaran iaitu mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik (atau Advanced Mathematics I atau Advanced Mathematics II) dan satu mata pelajaran lain.

     3. Lanjutan pengajian ke bidang Farmasi:

          Lulus SPM / O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 5 mata pelajaran iaitu mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik (atau Matematik Tambahan) dan satu mata pelajaran yang lain serta wajib lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam SPM atau setara; atau

     4. Lanjutan pengajian ke bidang Sains Kesihatan Bersekutu:

         Lulus SPM I O-Level dengan mendapat Kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk 4 daripada mata pelajaran berikut:

  • Biolog
  • Fizik
  • Matematik
  • Kimia

          Atau

         Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred                B dalam 3 daripada mata pelajaran berikut:

  • Biologi
  • Fizik / Advanced Mathematics I / Advanced Mathematics II
  • Kimia

     5. Lanjutan pengajian ke bidang Kejuruteraan:

         Lulus SPM I O-Level dengan mendapat Kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk dalam Matematik dan salah satu mata pelajaran Fizik dan 3 mata pelajaran lain atau kelayakan lain yang setara dengannya; atau

        Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Advanced Mathematics I / Advanced Mathematics II dan Fizik serta 1 mata pelajaran lain atau kelayakan lain yang setara dengannya.

     6. Lanjutan pengajian ke bidang Alam Bina:

         Lulus SPM I O-Level dengan mendapat Kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik atau kelayakan lain yang setara dengannya; atau

         Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran termasuk Advanced Mathematics I / Advanced Mathematics II atau kelayakan lain yang setara dengannya.

      7. Lanjutan pengajian ke bidang Sains yang lain:

          Lulus SPM I O-Level dengan sekurang-kurangnya Kepujian dalam 5 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Matematik dan 2 mata pelajaran Sains; atau

          Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam 3 mata pelajaran termasuk Advanced Mathematics I / Advanced Mathematics II dan 2 mata pelajaran Sains atau kelayakan lain yang setara dengannya.

 

  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Syarat-syarat Umum:

Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) dinasihatkan untuk memohon kelulusan pengendalian program daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (JPT, KPT).

 

PPT hendaklah meningkatkan kualiti pengendalian program sedia ada dari semasa ke semasa.

 

Mematuhi Penggunaan / Pemakaian Standard yang berkaitan dengan bidang program seperti yang telah dimaklumkan dalam Pekeliling dan Surat Pekeliling Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) yang berkenaan.

 

Sebarang perubahan pelaksanaan program (jumlah kredit, tempoh program, pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain yang berkaitan) perlu mendapat kelulusan daripada JPT, KPT terlebih dahulu sebelum perubahan tersebut dapat dilaksanakan oleh PPT bagi mengelakkan masalah semasa penilaian program di peringkat Akreditasi Penuh.

Syarat Khusus: Tiada

Cadangan Penambahbaikan: Tiada