IKLAN JAWATAN PENSYARAH

 

Sukacita pihak Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria cemerlang untuk mengisi jawatan berikut:

 

 

  1. Jawatan                                            :           PENSYARAH
  2. Fakulti                                              :           Fakulti Sains Sosial
  3. Taraf Lantikan                                :           Kontrak
  4. Jumlah kekosongan                      :            1 (satu)

 

Kelayakan

IJAZAH SARJANA / IJAZAH SARJANA MUDA dalam bidang Pembangunan Luar Bandar / Pembangunan Manusia / Pembangunan Manusia & Pengurusan / Pengajian Pembangunan dan Pentadbiran Sosial / Sains Kemasyarakatan (Antropologi & Sosiologi) / Sains Kemasyarakatan ( Perancangan dan Pengurusan Pembangunan ) / Sains Sosial ( Sains Pembangunan ) / Perancang Bandar & Wilayah atau yang setaraf dengannya.

 

Kelayakan Umum

a. Warganegara Malaysia.

b. Berumur 25 tahun ke atas.

c. Keutamaan kepada yang mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dan memperolehi CGPA 3.5 ke atas.

d. Mempunyai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.

 

Kaedah Permohonan

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, biodata serta salinan sijil-sijil berkaitan dan dimajukan ke alamat seperti berikut :

 

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) / Kolej RISDA

Lot 2020, Ayer Pa’abas

78000 Alor Gajah

Melaka

 

Tarikh tutup permohonan ialah pada 17 November 2019.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil bagi sesi temuduga.