IKLAN JAWATAN NAIB CANSELOR

 

Sukacita pihak Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria cemerlang untuk mengisi jawatan berikut:

 

 

  1. Jawatan                                            :           NAIB CANSELOR
  2. Kumpulan Perkhidmatan             :           Pengurusan Tertinggi
  3. Gred Jawatan                                  :           Pengurus Besar (PB)
  4. Tangga Gaji                                     :           RM8,000.00 – RM18,239.10
  5. Taraf Lantikan                                :           Kontrak
  6. Tempoh Lantikan                          :           Dua (2) tahun (tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengarah Universiti)

 

Kelayakan

Sekurang-kurangnya lapan (8) tahun pengalaman dalam aspek pengurusan dan pentadbiran organisasi pendidikan samada di IPTA/IPTS dengan kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

 

Kelayakan Umum

a.Warganegara Malaysia.

b.Berumur tidak melebihi 50 tahun.

 

Kriteria Lantikan      

1.Kebolehan Memimpin dan Mengurus

Seorang ahli akademik yang berkarisma, berwibawa serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang dan dihormati. Mempunyai kemahiran komunikasi dan people skills serta gagasan yang mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah kecemerlangan akademik.

 

2.Personaliti

Mempunyai pemikiran dan sikap yang proaktif serta mampu mengurus kepelbagaian dalam apa jua situasi.

 

3.Kecemerlangan Penyelidikan dan Penerbitan

Mempunyai rekod yang cemerlang dalam hasil penyelidikan dan penerbitan.

 

4.Pakar Pengajaran dan Pembelajaran

Mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai aspek Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL), Pembelajaran berasaskan Masalah (PBL), Pendekatan Berasaskan Projek Berorientasikan Masalah (POPBL), Pembelajaran Sepanjang Hayat (LL), Penaksiran dan Outcome Based Education (OBE).

 

5.Jaringan Industri dan Pengantarabangsaan

Mempunyai hubungan luar dan reputasi yang baik di peringkat serantau dan antarabangsa.

 

 

Peranan dan Tanggungjawab

Penyandang adalah bertanggungjawab ke atas keseluruhan pentadbiran dan pengurusan akademik universiti serta memastikan semua peruntukan perlembagaan, statut, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan dipatuhi dan menjalankan pengawasan am ke atas segala perkiraan mengenai pengajaran, penyelidikan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di Universiti, serta bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga Pengarah, Lembaga Pengelola dan Senat.                                                                                                                 

 

 

Kaedah Permohonan

Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan bersama-sama Curriculum Vitae (CV) berserta gambar berukuran passport yang terkini. CV juga hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

  • Latar belakang peribadi, alamat dan nombor telefon.
  • Latar belakang pendidikan dan kerjaya.
  • Anugerah yang diterima di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
  • Sumbangan-sumbangan besar dan bermakna bagi pembangunan dunia pendidikan.
  • Dua nama penyokong sebagai rujukan (referee).
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  • Keputusan pemilihan adalah muktamad.
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Disember 2018.
  • Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

 

PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH

Kolej Universiti Agrosains Malaysia

Lot 2020, Ayer Pa’abas

78000 Alor Gajah

Melaka

 

Atau email ke admin@ucam.edu.my