Mula beroperasi pada tahun 1999.

Pembiayaan

mara-logoPENGENALAN

  1. Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.
  2. Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
  3. Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

 Kelayakan Permohonan Skim Pinjaman Pelajaran MARA

  1. Calon Mestilah Melayu/ Bumiputra Warganegara Malaysia.
  2. SPM Atau Kelayakan Setaraf Dengan Mendapat 5 Kredit. Subjek – Subjek Yang Diwajibkan Untuk Mendapat Kredit Adalah Seperti Berikut :
  • Bahasa Melayu
  • Matematik / Matematik Tambahan

Dan

  • 3 Subjek Lain Yang Berkaitan
  • Lulus Bahasa Inggeris
  1. Mencapai CGPA 2.50 Ke Atas Bagi Semester 1 Serta Mendapat Kredit Dalam Subjek Bahasa Melayu Dalan Peperiksaan SPM.
  2. Mempunyai Sijil Pengurusan Perniagaan, Sijil Sains Komputer Dan Diploma Yang Diluluskan Oleh Jabatan Pendidikan Swasta Dan Mencapai CGPA 2.50 Ke Atas.

Cara Memohon Skim Pinjaman Pelajaran MARA

  1. Pemohon Wajib Membuka Akaun CIMB.
  2. Permohonan Pembiayaan Pelajaran MARA Adalah Secara Atas Talian (online) Melalui Laman Web Sistem Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA : eduloan.mara.gov.my
  3. Lengkapkan Borang Permohonan Kali Pertama Dan Hantar Secara Online.
  4. Keputusan Permohonan Akan Dimaklumkan Selepas Sahaja Permohonan Online Dihantar.
  5. Jika Lulus, Pemohon Hendaklah Mencetak Borang Yang Disertakan Dan Lengkapkan Sebelum Diserahkan Kepada Pegawai Pembiayaan.