Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

Talian Bebas

06-5529227 / 06-5529642

KALENDAR AKADEMIK UCAM SEMESTER PERTAMA 2021/2022

BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA, DIPLOMA DAN ASASI BAGI SEMESTER PERTAMA 2021/2022 (OGOS – NOVEMBER 2021)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Dimaklumkan bahawa kalendar akademik yang dikeluarkan adalah untuk program Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Asasi bagi Semester Pertama 2021/2022 (Ogos – November 2021).

3.      Lanjutan daripada itu, berdasarkan kepada Kenyataan Media “PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN” yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 31 Mei 2021, telah menyatakan bahawa semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka adalah tidak dibenarkan. 

4.      Justeru itu, sesi kuliah / PdP bagi Semester Pertama 2021/2022 yang akan bermula pada 02 Ogos 2021 nanti, akan diteruskan pelaksanaannya secara dalam talian (online). Para pelajar diminta untuk menghubungi setiap pensyarah kursus / subjek bagi mendapatkan maklumat yang terperinci berkaitan kaedah pelaksanaan bagi kursus / subjek masing-masing.

5. Sehubungan itu juga, dilampirkan bersama adalah “GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN, DAN PENGGUNAAN MEDIUM DALAM TALIAN BAGI SESI PENGAJIAN SEMESTER PERTAMA 2021/2022 (OGOS – NOVEMBER 2021)”, untuk panduan dan rujukan para pelajar.

Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

1. Memo Kalendar Akademik – Klik di sini

2. Kalendar Akademik – Klik di sini

3. Garis PanduanPerlaksanaan PdP online – Klik di sini

Shopping Basket
Skip to content