Perkara di atas adalah dirujuk.
- Dimaklumkan bahawa kalendar akademik yang dikeluarkan adalah untuk program Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Asasi bagi Semester Kedua 2020/2021 (Disember 2020 – April 2021).
- Lanjutan daripada itu, berdasarkan kepada Surat Pemakluman “PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (IPTS) PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)” yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 30 November 2020, telah menyatakan bahawa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) perlu dilaksanakan secara dalam talian (online).
- Justeru itu, sesi kuliah / PdP bagi Semester Kedua 2020/2021 yang akan bermula pada 21 Disember 2020 nanti, akan dilaksanakan secara dalam talian (online). Para pelajar diminta untuk menghubungi setiap pensyarah kursus / subjek bagi mendapatkan maklumat yang terperinci berkaitan kaedah pelaksanaan bagi kursus / subjek masing-masing.
- Sehubungan itu juga, dilampirkan bersama adalah “GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN, DAN PENGGUNAAN MEDIUM DALAM TALIAN BAGI SESI PENGAJIAN SEMESTER KEDUA 2020/2021 (DISEMBER 2020 – APRIL 2021)”, untuk panduan dan rujukan para pelajar.
Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
- Memo Kalendar Akademik – Klik di sini
- Kalendar Akademik – Klik di sini
- Garis PanduanPerlaksanaan PdP online – Klik di sini